Monday 4 July 2011

SELOKA SOLAT SUBUH

menjelang subuh waktu tido dah tamat
semua oang yang mengaku islam dan beriman harus cepat2
cepat2 bangun dan tunaikan solat
solat subuh hanya dua rakaat
tu pon ramai yg lewat, yang tak sempat
ada yang lagi teruk tu..langsung tak solat
punya la dasat xtaw dah apa nak cakap
xreti dah macam mana nak meng'ayat'
mungkin hati dah hitam berkarat
dah tu, macam mana hidup nak berkat
malaikat rahmat pon xsudi nak dekat
badan jadi sengal2 dan selalu xsihat

aku xder niat nak kata sahabat2
cuma sekadar berkongsi nasihat
nasihat utk mata dan telinga aku yang paling dekat
aku pon bukannya selalu
solat pada waktunya tepat2
tapi sama2lah kita berusaha sampai dapat
supaya xmenyesal di hari akhirat

solat subuh awal pagi
lepas solat boleh la sikit2 pakat ngaji
baca ma'thurat, waqi'ah atau apa2 yang reti
lps tu leh siap2 diri
keluar rumah cari rezeki
jiwa jadi tenang, masa pun terurus dengan rapi
sampai tempat kerja jadi orang pertama sekali
xder lah berebut, langgar sana, blah sini..
bos tengok pun sayang terus nak tambah gaji
kan nabi dah cakap waktu yang afdhol ialah dinihari
orang yang bangun awal pagi akan dapat keberkatan rezeki
minta maaf banyak2 kau ada yang terasa hati
kan aku dah cakap td, ini sekadar nasihat bukan nak perli bg sakit hati

Mulai saat ini kita kena berubah
sebab manusia dicipta untuk menyembah allah
bukan saja2 kita hidup tanpa ada ghayah
perkara pertama yang akan disoal bukan nikah atau mua'malah
tapi dah tentu2nya berkaitan solah
bila ditegur pasal solat ada yang marah
terasa benor benci dan menyampah
kubur masing2 ko aper nak kesah
mak oiii...bercakap..memang x sayang lidah
kat dunia ni boleh la berlagak xboleh nak blah
kat akhirat nanti lu jawab sendiri depan allah

ada lagi manusia satu bahagian
bila nak pegi keja boleh plk ikut jam
masuk keja lambat takut kena potong income
nanti susah pulak nak cari makan
masa muazzin sedap punya dok azan
dia pulak tido sampai terbongkang
bila bangun jer..eh, dah azan..macam mana boleh x perasan
x perasa ke sesajer cari alasan...
ah..malas nak layan..

pelik sungguh orang ini macam
hari2 berkerja untuk dapat makan
padahal rezeki dia dan majikan
dua2 allah yang tentukan
dia lebih takut caci maki majikan dan hilang pekerjaan
tp x takut plk dengan murka tuhan

untuk sesapa yang masih ada kesedaran
marilah sama2 kita buat perubahan
ubah diri kearah kebaikan
berlumba2 lakukan kebajikan
untuk masa sekarang dan masa hadapan
malu lah sikit nak mengaku beriman
kalau subuh selalu ketinggalan
cer tengok balik mcm mana sultan alfateh dapat kemenangan???
bukan ke dengan solat yang selalu diutamakan
tahajjud jadi sumber kekuatan
kita ni banyak sangat berangan
berangan nak tegakkan islam
jadi pembela kebenaran
tapi solat subuh????
kalau berjemaah pon selalu di saf belakang
asal waktu subuh je mesti syaitan menang
dah tu mcam mana kawan2???

sahabat2 yang aku kasihi
mari koreksi diri indahkan peribadi
sama2 kita jadi mukmin sejati mendamba redho ilahi
mudah2an saat kematian menghampiri
bekalan kita penuh terisi..

Tuesday 7 June 2011

REDHA DAN TAWAKAL

Tawakal dan redha adalah sifat mahmudah yang perlu ada dalam diri setiap mukmin dan mesti diusahakan agar keduanya menjadi pakaian yang indah bagi diri si pemakainya. Dua sifat ini merupakan fardhu ain yang wajib dipelajari sehingga bisa dipraktikkan dalam kehidupan manusia seharian. Seseorang yang tidak memiliki sifat redha dan tawakal akan mudah terjatuh ke dalam dosa tanpa ia sedar.

Tawakal ialah berpegang teguh kepada ALLAH dan sentiasa bersandar kepadanya ketika berhajat atau pun tidak, diwaktu susah ataupun senang. Ramai diantara kita hanya akan mengingati ALLAH sewaktu ditimpa kesusahan, bala',  penyakit atau di waktu kita menginginkan sesuatu. Sekiranya tidak, kewujudan ALLAH sekadar diakui di lisan bukan pada praktikal dan spiritualnya..

Bercakap mengenai hajat manusia atau hajat yang selalu kita2 ni minta pada ALLAH..baaanyak sangattt!!!! Sesuatu yang tiada dalam hidup kita..sering kita minta-minta. Contohnya minta nak sihat, nak kaya, nak pandai, nak kawan-kawan yang ramai, rumah, kereta, banyak duit, dihormati, hidup senang, disanjung-sanjung dan bermacam-macam hajat lagi. Tapi seperkara yang kita kena ingat..dalam semua hajat yang kita minta, pergantungannya haruslah kepada ALLAH semata-mata, maksudnya..kita perlu yakin dan percaya bahawa hajat atau keinginan yang yang kita pohon itu akan diperkenankan ALLAH. Sekiranya tidak diperkenankan cepat mungkin waktunya dilambatkan sedikit pokoknya..setelah berdoa dan meminta, haruslah menyerahkan semua keputusan dan ketentuannya di tangan ALLAH.

Ada juga sesuatu yang telah kita 'ada' tetapi kita minta agar ALLAH tiadakannya dalam hidup kita. Contohnya miskin, sakit, difitnah dan perkara-perkara yang tidak disenangi dalam hidup. Sememangnya perkara-perkara tersebut tidak disukai sesiapapun tetapi ALLAH beri juga sebagai ujian dan kita mohon agar kesusahan-kesusahan itu dinyahkan dari kehidupan.

Mukmin sejati mesti yakin dengan sesungguhnya bahawa sesuatu yang tiada, ALLAH bisa mengadakannya dan sesuatu yang ada juga bisa ditiadakannya. Sekiranya seseorang itu tidak mampu yakin, tawakal dan redha maka akan berlakulah dua perkara dalam hidupnya. Pertama: tidak bahagia. Orang yang tidak bahagia akan mengeluh sana sini, kemudian akan lahir dari dirinya rasa tidak bersyukur, rasa dirinya tak serupa dengan orang lain. Jiwa jadi kacau, menderita dan sebagainya. Sudahlah hidup tak diberi ujian, jiwa pulak rasa tak tenteram..tak semena-mena dapat dua sakit, sakit fizikal dan sakit jiwa. Sekiranya seseorang itu menerima musibah dan ujian dari ALLAH dengan lapang dada dan berbaik sangka sudah pastilah jiwanya akan tenang dan rasa tidak dizalimi oleh ALLAH langsung. Kedua: putus asa. Bila rasa putus asa singgah dihati, kadang-kadang sampai nak buat perkara-perkara haram sebab dah tak sabar nak menempuh susah. Ada juga yang sampai terlupa akan kekuasaan ALLAH yang maha menentukan tiap-tiap sesuatu bukannya kita. Jika kita terus meratap-ratap, mengeluh dengan semua musibah yang ditimpakan akan datang pula su' zhon (buruk sangka) dengan ALLAH, mempertikaikan itu dan ini, bertanya-tanya mengapa ALLAH jadikan aku begini dan tidak begitu. Tanpa manusia sedar, sebenarnya su' zhon ini boleh membawa kepada syirik khafi. Itulah bahayanya jika manusia tidak redha dan bertawakal kepada khaliknya.

Kita seharusnya faham dengan suatu ketetapan yang ditentukan terhadap diri kita. Sekiranya kita semua yakin bahawa setiap kesusahan dan musibah yang ALLAH timpakan akan ada ganjarannya..sudah pasti kita tidak mengeluh dan susah hati. sesuatu yag kita inginkan tetapi tak dapat, kemudian kita sedar dan faham..yang memperkenankan permintaan kita adalah ALLAH, yang maha memberi segala-galanya kepada kita adalah ALLAH..jadi, patutkah kita merasa sakit hati dengan ALLAH, rasa marah dan tidak puas hati dengan taqdir dan iradahnya?? sudah tentu tidakk..tidakk...dan sekali-kali tidakkk.

Jadilah kita hamba yang tahu bersyukur dan pandai menerima ujian dari tuhannya, bukannya hamba yang tahu meminta-minta tetapi tidak berterima kasih dengan apa yang ada. Sekiranya ALLAH belum memperkenan doa kita itu tidak bermakna dia tidak mendengar keluhan dan rintihan hambanya..tetapi dia maha tahu apa yang sesuai untuk hambanya..apa hikmah di sebalik kejadian dan ketentuannya..dia maha hebat yang mentadbir alam segala isinya, tiada yang sukar baginya untuk memberi apa sahaja kepada kita..tetapi berfikirlah dengan waras bahawa ALLAH memberi kerana dia mencintai..dia tidak memberi bukan kerana membenci..

Ya allah..berikan kami keampunanmu agar kami selalu diredhai pada pandanganmu..
berikan kami cintamu agar kami tidak mencari cinta lain selainmu..
berikan kami kasih sayangmu agar kami merasa cukup dengan semua pemberianmu
ameenn..ya rabb

Monday 30 May 2011

16 Penghalang Kejayaan

1. MALAS
2. AMBIL MUDAH
3. TIADA DAYA SAING
4. TIADA 'SELF-ESTEEM'
5. SUKA BUANG MASA
6. TIDAK PUAS HATI DAN TIDAK SELESA DENGAN APA YANG DIMILIKI
7. TIADA KEMAHIRAN ASAS BELAJAR
8. PENGUASAAN BAHASA YANG RENDAH
9. TIDAK BERDISIPLIN
10. TIDAK MINAT BERTANYA
11. TIDAK PANDAI MENGURUSKAN MASA.
12. TIDAK GEMBIRA BELAJAR
13. TIDAK BUAT PERSEDIAAN AWAL
14. TIDAK SUKA MENDEKATI GURU
15. TIDAK BERPEGANG TEGUH DENGAN AJARAN AGAMA
16. KEMAHIRAN BERFIKIR RENDAH

Wednesday 18 May 2011

Ulama' Pewaris Nabi

1. Ulama' al-quran dan sunnah yang setia berpegang dengan keduanya.

Ulama' yang disebut sebagai " al-ulama' warasatul anbiya' " ialah ulama' yang ilmunya sesuai dengan kehendak al-quran dan sunnah. Erti daripada warasah ialah pewaris dan Nabi Muhammad tidak mewariskan apa-apa kepada kita kecuali al-quran dan sunnahnya. Ulama' yang akidah dan pemahamannya tidak sesuai ataupun tidak mencerminkan al-quran dan sunnah tidak berhak mendapat gelaran " al-ulama' warasatul anbiya' " sekalipun ia mempunyai ijazah atau pengiktirafan apa sekalipun.

Orang yang banyak ilmu dan pengertiannya tentang agama islam dinamakan AHLI AGAMA  tetapi orang yang mengamalkan ajaran-ajaran agama islam dinamakan AGAMAWAN. Hanya agamawan yang akan mempraktikkan islam dalam kehidupannya sehari-hari. Alangkah baiknya jika kita menjadi ahli agama sekaligus agamawan yang tulus ikhlas penyerahannya kepada Allah s.w.t


2. Ulama' yang berperinsip dan tidak takut intimidasi.

Tanda keimanan seseorang kepada Allah s.w.t tidak sekadar pengakuan dari lisan sahaja tetapi perlu dibuktikan dengan amal perbuatan sebagai tanda ubudiah kepada Allah s.w.t. Sekiranya iman itu dapat dibuktikan dengan kata-kata sahaja maka semua orang akam mengaku beriman, malah orang munafiq juga lebih-lebih lagi mahu mengambil kesempatan mengaku beriman.

Tetapi ternyata Hukum Allah tidak begitu. Setiap orang yang mengaku beriman mesti memperlihatkan buktinya, pengakuan dari lisan dituntut dengan amal perbuatan. Setiap orang yang mengaku beriman pasti tidak lepas dengan ujian..dan hanya dengan ujian sahaja seserang itu dapat membuktikan keimanannya terhadap Allah s.w.t.

Ulama' yang berprinsip tidak akan goyah dengan ujian-ujian yang datang. mereka akan sentiasa diuji dengan diajak berkompromi kepada perkara-perkara yang boleh merugikan akidahnya, ada juga yang menggula-gulakan mereka dengan emas dan harta benda dunia..tetapi ulama' yang kebal dengan prinsip-prinsip agama tadak akan kabur matanya, keyakinan mereka kukuh dengan janji-janji Allah dan mereka tidak sanggup menjual agama dengan dunia yang langsung tiada berharga.

Ulama' golongan ini tidak dapat mendustai hati nuraninya untuk mengkhianati keyakinan terhadap al-quran dan sunnah apalagi diharapkan untuk menghalalkan yang haram dan mengharamkan sesuatu yang dihalalkan dalam islam. Mereka juga tidak takut dengan ancaman dari orang-orang yang memusuhi agama Allah, yang ditakuti hanyalah ALLAH, walau bagaimana hebatnya siksaan manusia terhadap mereka, walaupun nyawa sebagai taruhannya kerana meraka benar-benar yakin bahawa manusia yang mati kerana membela kebenaran dan agama Allah akan lebih segera bertemu kekasihnya yaitu sang pencipta alam semesta.


3. Ulama' yang tidak menjual agama.

Sesiapa sahaja termasuk ulama' boleh diperalatkan oleh orang lain.  Dalam hal-hal agama contohnya ada ulama' yang boleh dibeli dengan wang ringgit atau ditawarkan jawatan besar dalam masyarakat oleh 'pihak tertentu' yang mahu ulama' bersekongkol dan merestui nafsu dan kehendak jahat mereka.  Ulama' merupakan pemimpin agama dalam masyarakat, kata mereka adalah kebenaran, perbuatan mereka menjadi ikutan kerana itulah ada 'golongan yang mementingkan diri' cuba memancing pendirian ulama' seterusnya menjadikan ulama' yangmudah tergoda dengan dunia sebagai petualang agama yang hina disisi allah s.w.t.

Di antara ulama' yang tidak menjual agama ialah Imam Malik r.h, beliau disebat sehingga wafat  kerana enggan menarik semula fatwanya walaupun dipaksa berkali-kali oleh pemerintah, Imam Ahmad bin Hanbal r.h juga disebat, disiksa dan dipenjarakan oleh penguasa kerana berbeza fahaman dengan muktazilah, begitu juga dengan Imam Nawawi, Ibnu Taimiyah, Sayyid Qutub dan ramai lagi..mereka adalah benar-benar ulama' pewaris anbiya'. Perjalan hidup mereka penuh dengan mehnah dan tribulasi. Walaupun berkali-kali godaan dunia dihidangkan dihadapan mereka namun tidak sedikit pun bisa menginjakkan kemanisan iman mereka terhadap Allah s.w.t.

Tuesday 10 May 2011

Qadha' puasa ramadhan dan fidyah

1. Orang yang bermusafir dan orang sakit.

Wajib ke atas golongan ini untuk mengqadha' puasa sebelum tibanya ramadhan yang akan datang. sekiranya seseorang itu tidak mengqadha'kan puasanya kerana sengaja melewat-lewatkan sehingga bertemu dengan ramadhan berikutnya, maka wajib ke atasnya qadha' puasa berserta fidyah sebanyak satu mud mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Fidyah tersebut mestilah diberikan kepada faqir miskin.
* satu mud menyamai 600 gm timbangan.

Berbeza dengan orang yang meninggalkan puasa ramadhan dan tidak mengqadha'nya sehingga bertemu dengan ramadhan berikutnya kerana sakit yang berterusan. Untuk masalah ini, ia hanya diwajibkan qadha' dan tidak wajib membayar fidyah.

Jika orang yang sakit berterusan ini meninggal dunia, masalah ini terbahagi kepada 2 jenis:
- Ia meninggal sebelum mampu mengqadhakan puasanya maka ia tidak berdosa dan tidak perlu diqadha' puasanya.
- Ia meninggal selepas berkemampuan qadha' puasanya tetapi tidak sempat, lalu ia meninggal dunia, maka walinya perlu mengqadha' puasa yang telah ditinggalkan oleh si mati.
*wali - kerabat si mati seperti anak, cucu dsb.

Dibolehkan juga jika orang lain ingin menggantikan puasa yang ditinggalkan oleh si mati dengan syarat mendapat keizinan dari wali si mati ataupun telah diwasiatkan. Sekiranya tidak mendapat keizinan dari wali ataupun tidak diwasiatkan maka qadha' puasa dari ajnabi tidak terlaksana.
*Ajnabi-seseorang yang bukan wali si mati.

Sekiranya tiada sesiapa di kalangan walinya yang sanggup menggantikan puasa yang ditinggalakan, wali haruslah membayar fidyah satu mud berdasarkan hari-hari yang ditinggalkan. Pembayaran itu mestilah diambil daripada harta peninggalan si mati sebelum dibahagikan kepada ahli waris.

2. Orang yang tersangat tua dan sakit yang tiada harapan sembuh
Orang tua yang sudah terlalu lemah dan tidak mampu untuk berpuasa, tidak diwajibkan untuk menunaikan ibadah tersebut dan tidak wajib juga ke atas wali-walinya untuk mengqadha' puasa yang ditinggalkan, bahkan wajib orang tua itu untuk bersedekah satu mud untuk setiap hari yang ditinggalkan. begitu juga hukumnya bagi orang yang sakit dan tiada harapan untuk sembuh kembali.

3. perempuan hamil dan perempuan yang sedang menyusu.
perempuan hamil yang meninggalkan puasa kerana bimbang mudharat atas dirinya diwajibkan mengqadha' puasanya sebelum menjelang ramadhan berikutnya tanpa perlu membayar fidyah.
manakala perempuan hamil yang tidak berpuasa kerana bimbang mudharat ke atas bayinya seperti keguguran disebabkan berpuasa atau pun ibu yang masih menyusu bimbang susunya akan berkurang disebabkan berpuasa yang mana keadaan ini boleh memudaratkan keadaan si anak, maka wajib ke atas si ibu untuk mengqadha' puasa yang ditinggalkan berserta bersedekah dengan satu mud mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.