Wednesday 18 May 2011

Ulama' Pewaris Nabi

1. Ulama' al-quran dan sunnah yang setia berpegang dengan keduanya.

Ulama' yang disebut sebagai " al-ulama' warasatul anbiya' " ialah ulama' yang ilmunya sesuai dengan kehendak al-quran dan sunnah. Erti daripada warasah ialah pewaris dan Nabi Muhammad tidak mewariskan apa-apa kepada kita kecuali al-quran dan sunnahnya. Ulama' yang akidah dan pemahamannya tidak sesuai ataupun tidak mencerminkan al-quran dan sunnah tidak berhak mendapat gelaran " al-ulama' warasatul anbiya' " sekalipun ia mempunyai ijazah atau pengiktirafan apa sekalipun.

Orang yang banyak ilmu dan pengertiannya tentang agama islam dinamakan AHLI AGAMA  tetapi orang yang mengamalkan ajaran-ajaran agama islam dinamakan AGAMAWAN. Hanya agamawan yang akan mempraktikkan islam dalam kehidupannya sehari-hari. Alangkah baiknya jika kita menjadi ahli agama sekaligus agamawan yang tulus ikhlas penyerahannya kepada Allah s.w.t


2. Ulama' yang berperinsip dan tidak takut intimidasi.

Tanda keimanan seseorang kepada Allah s.w.t tidak sekadar pengakuan dari lisan sahaja tetapi perlu dibuktikan dengan amal perbuatan sebagai tanda ubudiah kepada Allah s.w.t. Sekiranya iman itu dapat dibuktikan dengan kata-kata sahaja maka semua orang akam mengaku beriman, malah orang munafiq juga lebih-lebih lagi mahu mengambil kesempatan mengaku beriman.

Tetapi ternyata Hukum Allah tidak begitu. Setiap orang yang mengaku beriman mesti memperlihatkan buktinya, pengakuan dari lisan dituntut dengan amal perbuatan. Setiap orang yang mengaku beriman pasti tidak lepas dengan ujian..dan hanya dengan ujian sahaja seserang itu dapat membuktikan keimanannya terhadap Allah s.w.t.

Ulama' yang berprinsip tidak akan goyah dengan ujian-ujian yang datang. mereka akan sentiasa diuji dengan diajak berkompromi kepada perkara-perkara yang boleh merugikan akidahnya, ada juga yang menggula-gulakan mereka dengan emas dan harta benda dunia..tetapi ulama' yang kebal dengan prinsip-prinsip agama tadak akan kabur matanya, keyakinan mereka kukuh dengan janji-janji Allah dan mereka tidak sanggup menjual agama dengan dunia yang langsung tiada berharga.

Ulama' golongan ini tidak dapat mendustai hati nuraninya untuk mengkhianati keyakinan terhadap al-quran dan sunnah apalagi diharapkan untuk menghalalkan yang haram dan mengharamkan sesuatu yang dihalalkan dalam islam. Mereka juga tidak takut dengan ancaman dari orang-orang yang memusuhi agama Allah, yang ditakuti hanyalah ALLAH, walau bagaimana hebatnya siksaan manusia terhadap mereka, walaupun nyawa sebagai taruhannya kerana meraka benar-benar yakin bahawa manusia yang mati kerana membela kebenaran dan agama Allah akan lebih segera bertemu kekasihnya yaitu sang pencipta alam semesta.


3. Ulama' yang tidak menjual agama.

Sesiapa sahaja termasuk ulama' boleh diperalatkan oleh orang lain.  Dalam hal-hal agama contohnya ada ulama' yang boleh dibeli dengan wang ringgit atau ditawarkan jawatan besar dalam masyarakat oleh 'pihak tertentu' yang mahu ulama' bersekongkol dan merestui nafsu dan kehendak jahat mereka.  Ulama' merupakan pemimpin agama dalam masyarakat, kata mereka adalah kebenaran, perbuatan mereka menjadi ikutan kerana itulah ada 'golongan yang mementingkan diri' cuba memancing pendirian ulama' seterusnya menjadikan ulama' yangmudah tergoda dengan dunia sebagai petualang agama yang hina disisi allah s.w.t.

Di antara ulama' yang tidak menjual agama ialah Imam Malik r.h, beliau disebat sehingga wafat  kerana enggan menarik semula fatwanya walaupun dipaksa berkali-kali oleh pemerintah, Imam Ahmad bin Hanbal r.h juga disebat, disiksa dan dipenjarakan oleh penguasa kerana berbeza fahaman dengan muktazilah, begitu juga dengan Imam Nawawi, Ibnu Taimiyah, Sayyid Qutub dan ramai lagi..mereka adalah benar-benar ulama' pewaris anbiya'. Perjalan hidup mereka penuh dengan mehnah dan tribulasi. Walaupun berkali-kali godaan dunia dihidangkan dihadapan mereka namun tidak sedikit pun bisa menginjakkan kemanisan iman mereka terhadap Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment